Pengenalan diri Lesen memandu

Oleh kerana banyak negara termasuklah Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat tiada sistem kad pengenalan serta oleh kerana penggunaan kereta yang berleluasa, lesen memandu seringkali digunakan sebagai bentuk pengenalan diri piawai secara de facto.

Kebanyakan negara Eropah dan Kanada mewajibkan pemandu mempamerkan lesen memandu mereka jika diminta semasa memandu. Di negara sedemikian, pemandu wajib membawa bersama lesen memandu mereka semasa memandu. Di United Kingdom pula pemandu tidak wajib membawa lesen memandu mereka ketika memandu. Walau bagaimanapun, jika mereka ditahan, pemandu boleh mengemukakan lesen mereka di balai polis berhampiran tempat mereka ditahan dalam tempoh 7 hari. Bagi tujuan ini, pihak polis mengeluarkan satu borang khas.[2]

Sesetengah negara Eropah mewajibkan orang dewasa membawa kad pengenalan setiap masa. Lesen memandu tidak semestinya menjadi dokumen pengenalan diri sah di setiap negara Eropah.

Di Republik Rakyat China, Republik Dominica dan Venezuela, angka pada lesen memandu adalah sama seperti angka pada kad pengenalan (sehingga sepanjang 18 digit).

Lesen memandu di Hong Kong membawa nombor yang sama seperti pada kat pengenalan tetapi tiada gambar. Semasa pemeriksaan, kedua-duanya wajib dipamerkan. Rancangan untuk meyertakan lesen memandu pada Smart ID adalah di peringkat cadangan.

Arab Saudi juga memrlukan pemandu membawa bersama kad pengenalan berserta lesen memandu serta mempamerkan kedua-duanya semasa diminta. Penggunaan lesen memandu sahaja hanya dibenarkan jika diminta di kawasan pemeriksaan atas tapak, seperti di checkpoint. Pemandu luar mungkin perlu turut mempamerkan visa mereka.

Di Malaysia, fungsi lesen memandu turut ditambah pada kad pengenalan pintar MyKad, tetapi kedua-dua kad pengenalan serta lesen memandu wajib dipamerkan semasa pemeriksaan.